Halangan Cinta Jarak Jauh
Cinta jarak jauh yang dirasai oleh aku dan dia amat sukar untuk dihadapi, Hal ini kerana terdapat cabaran dan ujian yang memerlukan ketabahan diri untuk aku dan dia menghadapinya, Misalnya,sukar untuk menghubungi antara satu sama lain. Salah satu sebabnya adalah terdapat masalah rangkaian di kawasan perumahanku kerana kawasan perumahanku terletak di perkampuangan. Namun, dia tidak pernah berputus asa daripada terus berhubung denganku. Aku juga sering mencari tempat yang mempunyai rangkaian untuk berhubung dengannya. Walaupun kadang kalanya percakapannya didengari kurang jelas dia tetap bersabar dengan mengulang perkataan yang sama berulang kali.. Adakalanya aku berasa malu dengan situasiku tetapi melihatkan keadaannya yang memahamiku,aku berasa kagum dan gembira. Sekurang-kurangnya dapat juga aku dan dia sesekali melepas rindu yang terpendam di hati antara satu sama lain.